Pasangan porno Malaysia : Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvivi) Kembali Lagi


482944_442617529093370_1060387334_n

Alvin Tan dan Vivian Lee bercakap tentang Perhubungan

Ingatkan dah bertapuk dalam lubang, rupa-rupanya pasangan porno Malaysia Alvin Tan Dan Vivian Lee (Alvivi) masih lagi aktif untuk mengiklankan kehidupan seks mereka berdua.

Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee ini pernah menggegarkan negara tahun lalu dengan tersebarnya klip video dan gambar lucah mereka di internet. Apa yang menghairankan, dengan bangganya mereka berdua memang sengaja menyebarkan klip video dan gambar intim mereka dengan alasan untuk mendokumentasikan kehidupan seks mereka, tidak lupa juga mempromosikan kontroversi tersebut seakan-akan mempromosikan pasangan sebuah filem.

Senyap seketika, pasangan Alvivi ini kembali dengan memuat-naik beberapa klip video melalui saluran Youtube mereka(Sexcussionalvivi) yang dibuat pada 11 Oct 2012, melalui video-video yang dimuatnaik merka menceritakan tentang hal perihal kehidupan seks dan yang berkaitan dengan perhubungan di antara lelaki dan perempuan.

Di beberapa siri video tersebut mereka menemuramah orang awam dan bertanya tentang perkara seksual dan peribadi, kalau dilihat pun orang yang ditemuramah tu pun menjawab dengan kekok dan terpaksa.

Bayangkanlah, di satu video temuramah mereka menemuramah seorang remaja lelaki yang hanya berumur 16 tahun dan bercerita tentang kehidupan seks.

Antara Soalan yang Diajukan :

  • Apakah posisi seks yang anda paling gemari?
  • Bilakah anda hilang keperawanan?

Dan banyak lagi, tak payah lah tulis nanti yang baca tu muntah darah…

Adakah relevan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee ini membuka saluran Sexcussionalvivi atas dasar untuk menyebarkan unsur-unsur seks kepada masyarakat umum?

Mungkin tekaan orang awam terhadap pasangan Alvivi ini yang hanya mahukan populariti adalah betul.

Adakah tindakan mereka ini patut diberikan kredit atau sebaliknya?

Alvin yang merupakan penerima biasiswa ASEAN dan pelajar jurusan undang-undang di universiti tersebut dipercayai telah memuat naik gambar dan video ‘aksi’ dia bersama Vivian Lee di dalam laman blog mereka, Sumptous Erotica sejak 20 September tahun lalu.

Artikel Berkaitan :

 

Palakon Lucah Malaysia Alvivi