Dua Peserta Miss Malaysia World 2013 Mungkin Dipenjara


Miss-World-Malaysia-2013-Finalists

Dua bekas peserta Miss Malaysia World 2013 beragama Islam iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard dan Wafa Johanne De Korte berhadapan risiko dihukum penjara sekiranya mereka didapati salah kerana menghina sendiri baru-baru ini.

Ia kerana kedua-dua mereka kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Sara Amelia Muhammad Bernard

Wafa Johanne De Korte

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya kepada mana-mana pihak yang menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

miss-malaysai-sara-amelia-bernard-300x225

Sara Amelia Muhammad Bernard

Kedua-dua peserta pertandingan ratu cantik itu di siasat kerana mengeluarkan kenyataan kepada umum akan terus menyertai pertandingan tersebut pada 2 Ogos ini serta mendakwa berasa kecewa dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

p/s : Pada bulan lalu, mufti telah mengeluarkan kenyataan yang wanita Islam dilarang menyertai pertandingan ratu cantik, baca artikel asal di :

http://www.beritanisma.com/wanita-islam-haram-sertai-pertandingan-ratu-cantik-mufti-wp/