Pelajar Perubatan India yang dirogol telah disahkan meninggal dunia


_64999519_64999518

Pelajar perubatan India yang dirogol, telah disahkan meninggal dunia di Mount  Elizabeth Hospital, Singapore

Seorang pelajar perubatan India yang dirogol di dalam sebuah bas awam, telah disahkan meninggal dunia di Mount Hospital, Singapore.

Pelajar yang berumur 23 tahun itu telah tiba di Singapore pada hari Khamis lalu selepas menjalani tiga pembedahan di Hospital Delhi.

Kejadian rogol itu telah menimbulkan kemarahan masyarakat India, protes bantahan terhadap kerajaan mereka telah menyebabkan seorang anggota polis mati.

Berita tentang kematian pelajar tersebut telah tersebar luas di laman-laman sosial di India, polis telah berusaha menenangkan rakyat dan meminta mereka tidak bertindak di luar kawalan.

Sanjoy Majumder, seorang wartawan BBC yang membuat liputan berita tersebut menulis di laman twitternya :

“Kawasan tengah bandar Delhi sekarang bagaikan sebuah kubu, polis dan tentera rusuhan siap dengan senjata yang lengkap bersiap sedia untuk mengawal keadaan”

Sebuah kenyataan daripada hospital menyatakan yang mangsa perempuan tersebut ‘mati dalam keadaan yang tenang’ awal pagi sabtu bersama keluarganya di sisi.

“Pesakit tersebut sudahpun dalam keadaan yang tenat apabila dia dimasukkan di Mount Elizabeth Hospital.” kata ketua eksekutif Hospital Kelvin Loh.

“Beliau telah mengalami kegagalan organ yang teruk akibat daripada kecederaan serius pada badan dan otak beliau. Beliau berani dalam berjuang untuk terus hidup, tetapi trauma fizikal dan mental menyukarkan beliau untuk terus hidup,”

Persiapan telahpun dibuat untuk membawa mayat pelajar perubatan India itu pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Keyword :

pelajar perubatan india