Semenanjung Malaya Anti Sabah Dan Sarawak


Tajuk ‘Semenanjung Malaya Anti Sabah dan Sarawak’ di atas memang menyakitkan hati, itu adalah nama sebuah Fanpage yang direka untuk menimbulkan provokasi di kalangan rakyat malaysia, khususnya diantara penduduk yang tinggal di Semenanjung dan penduduk di Sabah dan Sarawak.

Siapa admin Facebook tu belum lagi dikenal pasti, pihak Beritanisma akan cuba untuk mendedahkan identiti pereka Fanpage tersebut, dan  cuba menghubungi mereka untuk keterangan lanjut.

Berikut screenshot Facebook fanpage tersebut : Semenanjung Malaya Anti Sabah dan Sarawak

479960_10151422000416940_1802784923_n

Bukan itu sahaja, Facebook Fanpage Sarawak anti semenanjung pun ada direka.

serawak anti semenanjung

Sampai bilakah provokasi melalui ruang sosial ini akan berlaku? ini bukanlah sebuah gejala yang sihat, kepada yang membaca sila jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan lapor kedua-dua page tersebut.

Ini bukan satu isu yang kecil yang harus dipandang remeh, dengan wujudnya platform-platform sebegini, lambat laun ia akan memberikan impak yang buruk kepada semua rakyat Malaysia.

Inilah yang kerap kali berlaku di alam cyber, kami akan mengesan pereka-pereka Fanpage tersebut dan mendedahkan identiti mereka dalam masa terdekat ini untuk menjadi pengajaran kepada penjenayah-penjenayah virtual ini.

P/S : Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang isu ini sila hubungi kami.